Assalamualaikum, welcome to my site, so behave yourself okay? .

Kembang Semangkuk

Hi korang. Harini hari Isnin kan? Jadi, saya nak cerita lah satu benda ni. Tadi dekat sekolah ada perhimpunan "BERSIH" yelah budak-2 semua pakai benda yang bersih-2 je. Hari Isnin kan? Pertama kali dalam hidup aku. Masa perhimpunan aku duduk diam macam orang b****. Ada ajak sembang, tapi dia bercakap aku dengar je. Dah kebas kaki aku, baru cikgu suruh bangun masuk kelas. Cit, taknak masuk Maths lerr. Dah lah tak hantar buku. Belajar Maths new topic; CONCEPT OF EVENTS. Tak paham pungg --' Dalam hati cepat-2 lah BM. Okay, terima kasih kepada Allah kerana telah mempercepatkan waktu. BM time. Sebelum cikgu Norliza masuk, aku, Wan, Razinah dengan Mya cepat-2 tukar baju dekat tandas block DE. Almaklumlah, block F kan block baru. Saluran air tak betul lagi lettuw. Sambil berjalan saya makan Oat Crunch. Laporr lerr. Sampai tandas, mak aihhh. Dah macam perhimpunan perempuan berpakaian singlet dah. Tandas memang besar gila kan?(Tangan ke bahu, mata ke atas) Boleh pulak lah time tu tandas nak tersumbat bagai. Memang tak ah nak salin dekat depan dorang. Eish, buat tambah dosa dorang je. Lepas tukar baju terus balik kelas takut cikgu Norliza mawah. Masuk, dengar cikgu Norliza bebel pasal drama jap. Tetiba takda mood. Aku bukak buku. Harini belajar Drama Cempaka Berdarah. Tengok buku. Macam nampak something. Tapi tak jelas apa bayang-2 tu. Aku pun letak kepala dekat atas meja sebab sumpah pening. Tetibe, jari cikgu ada dekat depan mata aku. Terkejut aku, terus segar bugar biji mata. Cikgu gelak je. Cikgu bagi jawapan untuk soalan pemahaman. Aku tulis dekat modul point form je. Tetibe cikgu amik buku aku, dia puji cakap tulisan aku kemas lah, blahblah. Sumpah aku kembang derr. Hahahaha, okay PJ buat naik turun bangku lepas tu main badminton dengan Wan. Habis masa PJ, pergi rehat. Wuhuuu, makan, minum. Naik kelas. Masuk kelas the damn boring. Sejarah, Biology and English. Erghh, cepatlah balik aku nak tidur ni. Lepas English sambung extra class Physics. Buat latihan yang tak saling pungg. Kay, Liyya. Kau awesome gila. Pastu balik. Huwarghh, ngantuk gila. Ni update cepat-2 sebab dah berjanji nak update always kan? Okay, saya nak tidur sekarang bye semua. Selamat petang.

♥LiyyaS